Friday, February 5, 2010

I Pity You, John Terry

Korang kenal tak John Terry? Tak kenal? Korang tahu apa cerita terbaru John Terry? Tak tahu juga? Kalau korang tak tahu siapa John Terry ni sama ada korang bukan kaki bola, korang tak baca newspaper ataupun korang tinggal dekat dalam gua. Haha.


John Terry ni merupakan kapten bola sepak pasukan Chelsea, (team aku!) dan juga kapten pasukan kebangsaan England. Kalau korang tak tahu Chelsea dan England tu apa ataupun lebih teruk tak tahu bola sepak tu apa, baik korang bunuh diri la. Baru-baru ni nama John Terry menjadi agak popular (sebelum ni memang dah popular pun) di serata dunia terutamanya di England kerana terdedahnya skandal seks beliau. Skandal seks itu melaporkan bahawa John Terry atau nama manjanya JT telah bermain kayu tiga degan isterinya kerana mempunyai hubungan intim dengan model baju dalam Perancis, Vanessa Perroncel yang juga merupakan ex-girlfriend kepada ex-teammate JT ketika di Chelsea iaitu Wayne Bridge. Dilaporkan juga Ms. Perroncel telah mengandungkan anak Terry tetapi Terry telah membayar dia sejumlah wang untuk menggugurkan kandungannya.


The Hottie

FYI, Wayne Bridge kini sudah berpindah ke Manchester City tahu lalu. Terry dilaporkan telah menjalinkan hubungan bersama model underwear itu ketika Wayne Bridge masih di Chelsea. FYI again, John Terry sudah berkahwin kepada wanita yang agak hot juga, Toni Poole dan mempunyai 2 anak kembar. FYI again and again, Vanessa Perroncel dah Wayne Bridge mempunyai seorang anak bersama. Kira macam skandal seks Tiger Wood la ni, tapi Tiger lagi ganas. Memang harimau punya nafsu. Haha.


The Nottie

Disebabkan skandal ini, John Terry telah dilucutkan kedudukannya sebagai kapten England oleh jurulatih Fabio Capello. Manakala captaincy Terry di Chelsea masih menjadi miliknya. Kesian John Terry. Masa skandal ni mula-mula keluar, malam tu Chelsea ada away game dengan Burnley. Masa game tu, tiap kali Terry dapat bola je, habis kene boo dengan Burnley punya fans. Tapi sekali Terry score kan goal kemenangan di mana Chelsea menang 1-2. Ambik kau. Muahaha!


Ahad malam nanti Chelsea ada home game lawan Arsenal. Aku tak tau macam mana reaksi penyokong Chelsea pulak. Tak kan diorang nak boo Terry juga kot. Kapten team korang tu weh. Tapi aku rasa performance Terry mahupun Chelsea tak akan down sebab semangat dia ni kental. (wah, ayat tak menahan) Aku ingat lagi Terry miss penalty masa final Champions League lawan Manchester "Setan" United. He managed to bounced back from the failure and always consistence in his performance after that. Setakat Arsenal, Chelsea boleh titik 5-0. Haha. Haritu dah kalah 1-3 kat tempat sendiri. Apa sangat la Arsengal ni. Apa-apa pun, aku tetap sokong John Terry (walaupun apa yang dibuat memang bodoh) dan Chelsea. It's just not your day, Terry. BLUES FOR LIFE!!

No comments:

Post a Comment