Pasti semua peminat bola sepak di luar sana sudah tahu yang perjuangan Liverpool di dalam Champions League sudah TAMAT. Kepada penyokong2x Liverpool, takziah kepada anda ye. Sokong lah Kelantan FC(red jugak kan). Semua pasti tertanya2x kenapa la season ni Liverpool lauk sangat. Sampai dengan team2x sayur pun tak boleh menang. Agak2x aku kalau buat friendly match dengan Malaysia, boleh menang kot kita. Aku bukan la peminat Liverpool, tapi antara kelab big four, aku sokong gak liverpool ni (aku ANTI MAN UTD!!!). Berdasarkan pengalaman aku menjadi pemerhati EPL selama 6 tahun ni (time form 1 baru rumah aku pasang astro), aku dapat detect la antara faktor2x yang menjadi kemerosotan prestasi Liverpool.
KETIADAAN KELIBAT FERNANDO TORRES DAN STEVEN GERRARD
"I love u Gerrard. Kita ni memang sweet couple kan!!" Torres berkata.
2 ekor mamat ni memang la power. Tak boleh disangkalkan lagi. Kalau 2 mamat ni main, confirm Liverpool menang. Gerrard assist, Torres gol. Torres assist, Gerrard gol. Kira 2 ekor mamat ni memang pasangan gay yang memahami antara 1 sama lain la.
Tapi kalau dua player ni xde, probability untuk Liverpool kalah atau seri adalah 70%. Nampak sangat la liverpool ni two-man team.
Siapa nak score utk Liverpool? Dirk Kunyit? Ryan Bebal? Kadang2x je la.
PERPINDAHAN XABI ALONSO
Mamat sekor ni pun power gak. Tapi dia dah pindah ke Real Madrid dengan harga 30 juta pound. Dia antara yang tolong assist kan gol2x untuk liverpool. Passing mamat ni memang lawa. Same standard dengan Gerrard. Kehilangan dia menyebabkan Liverpool hanya bergantung kepada Gerrard sahaja untuk provide assist. Time season lepas kalau Torres n Gerrard injured, dia la playmaker bagi Liverpool menang. Alonso ni dikatakan nak pindah sebab dia x puas hati Benitez nak jual dia untuk dapatkan Gareth Barry dari Aston Villa. Memang x reti bersyukur betul la Benitez ni. Last2x Barry join Manchester City. Bodoh Benitez.haha.
DEFENDING YANG SANGAT2x LAH FRAGILE
"Eh, aku salah sepak bola la pulak!!"
Season ni, Liverpool dah melepaskan 21 gol dalam 17 game. Season lepas, tak sampai 10 game kot baru la concede gol sebanyak ni. Gandingan Jamie Carragher dan Martin Skrtel tidak menjadi seperti gandingan Vidic $ Ferdinand dan Terry & Carvalho. Carragher dah x power macam dulu. Dah tua kot. Cuba tengok game Chelsea vs Liverpool. Dah macam anak kucing Drogba buat dia.haha.
Skrtel pulak x mampu nak menggantikan tempat Daniel Agger yang injured dengan baik. Aku tengok yang mantap Glen Johnson je la. Tu pun slalu nak naik atas.
PEMBELIAN RAFAEL BENITEZ YANG NTAH APE2x NTAH
"Woi owner Liverfool, den nak 100 juta pound. Den nak poie boli player dari Malaysia pulak."
Sini aku senaraikan pembelian hampeh Rafael Benitez.
Ryan Babel : Dibeli dengan harga 11 juta pound dari Ajax. X konsisten mamat ni. Kejap power, kejap hampeh. Kalau main full time ntah mane perginye kat padang 2. Lepas tu sepak melalut. Last2x jadi sub utk Torres.
Robbie Keane : Dibeli dengan harga 19 juta pound dari Tottenham. Cakap impian dia telah tercapai utk mnyertai kelab yang disokong dari kecil. Last2x x contribute pape. Gagal dengan cemerlang untuk membentuk gandingan yang mantap bersama Torres. Half season lepas pindah balik Tottenham. What a loss.
Andrea Dossena : Dibeli dengan harga 8 juta pound dari Udinese. X kenal kn mamat ni? Ntah sape2x ntah Rafa ni beli. Sejak masuk Liverpool asyik cakap x dapat adapt la, rindu nak balik Italy la. What a spoilt child.
Lucas Leiva : Dibeli dengan harga 7 juta pound dari Gremio. Aku sebenarnye x nak letak mamat ni, sebab aku tengok die macam power. Lagipun muda lagi beb, baru 20 tahun. Tapi so far, die x berjaya utk bergandingan dengan baik bersama Mascherano n Gerrard di bahagian midfield.
Alberto Aquilani : Dibeli dengan harga 20 juta pound dari AS Roma. So far die ni asyik jadi sub je. Injury tak elok2x lagi. Tak tau la boleh ganti Alonso ke tak.
Sebagai konklusinya siapa yang akan menang Champions League, Premire League, FA Cup dan Carling Cup?? CHELSEA LA!!!!!!!!!!!!!!!
Blue Is The Colour!!!
p/s : Ini hanyalah pandangan dari pemerhati amatur. Jika ada tersalah fakta atau terkasar bahasa, maaf dipinta.
If You Have The Faith
3 years ago
No comments:
Post a Comment