Sunday, December 13, 2009

Not So Holiday...

Cuti mid sem kali ini merupakan cuti yang paling tak best bagi aku. Baru je sehari aku start cuti, ada benda buruk berlaku kepada aku. Tangan kiri aku kena simen!!! WAAAAA!!! Siot betol la. Nak dipendekkan cerita, pada hari Sabtu bersamaan 12/12/2009, aku pergi main ragbi untuk STJ Old Boy sempena NS Close tournament. Dua game aku main ok je. Sampai 3rd game, lawan MRSM Kuala Klawang tak silap aku, berlaku la peristiwa hitam ini.

Masa tengah game, aku telah ditackle dengan ganas oleh winger player team tu. Dah la brader tu botak, hitam pulak tu. Memang muka penyangak la. Main ragbi pun tak beragak. Aku kena tackle dari tepi, lepas tu jatuh dan tangan kiri aku salah landing.


"KRAKKK!!!"


Itulah bunyi yang jelas kedengaran oleh gegendang telinga aku dari siku kiriku tatkala badanku rebah ke bumi. Pergh, memang sakit tak menahan ar. Aku terus panggil brader medic dan suruh dia tengok tangan aku apa macam. Bro medic tu kata takde ape2x, terseliuh macam biasa je. Taruk ais je dekat tempat yang sakit tu. Terseliuh biasa palehotak ko!!! Dah sampai meletup siku aku dan tangan tak boleh lurus semua, terseliuh apebenda??!! Nak je aku maki brader medic tu. Yang brader 'hitam-botak-muka penyagak' yang tackle aku tu pulak datang kat aku cakap :


"Sori la bro, aku tak sengaja ar. Tangan bro ok kan?"


Memang aku tahan sabar+tahan sakit je la time tu. So, aku terpaksa la blah awal. Meninggalkan rakan2x ku berjuang tanpaku di padang KGV. Lepas tu, aku terus pergi hospital untuk dapatkan rawatan yang lebih bagus daripada brader medic tadi. Doktor kata tangan aku tak patah. Fuuhh.... Lega siot. Tapi dia kata tulang siku aku ada bengkok sikit dan ada urat dekat area siku aku tu terkoyak. As a result, tangan kiri aku kena la plaster selama 3 minggu. Dan, aku dapat MC 3 minggu. Wuhuu!!! Tapi apa yang best dekat hospital tu, nurse2x sana lawa2x weh. Memang best la bila akak nurse tu pegang tangan aku time tangan aku kena plaster. Dibelai dengan manja tanganku itu. Auuww!!! Lepas ni nak carik awek nurse sorang ar. HUHU..

So, itulah ceritanya yang menyebabkan cuti aku kali ni tak begitu best. Aku harap tangan aku cepat la elok. Susah weh buat kerja guna satu tangan ni. Nak cibuk b****t pun susah. But it's okay for me. I believe everything happens for a reason. So, wish me get well soon eh!!!!

Gambar2x yang sempat diambil sebelum kejadian.















....................................................................................






Oh tangan kiri ku....









p/s : I need someone to be my left hand. Seriously.

2 comments: