Sunday, January 3, 2010

160 GB Of My Life



Aku ada sebuah external hard disk. Hard disk aku bernama Maxtor Basics Portable yang berkapasiti 160GB. Aku beli hard disk ni masa bulan 8 tahun 2008 kalau tak silap aku la. Kira dah masuk setahun lebih juga la aku telah bersama Maxtor. Aku beli Maxtor masa harga external hard disk mahal lagi. Tak murah macam sekarang. Aku beli dengan harga RM180. Sekarang dengan RM180 boleh dapat 250GB. Aku takde laptop, tapi aku ada hard disk. Pelik kan?


Aku beli external hard disk pun masa mula2x masuk universiti. Bila masuk u, macam biasa la. Download movie, tv series, anime dan seangkatan dengannya. Semua saiz bukannya kecil, 1 movie biasanya 700MB dan 1 series pulak 350MB. Aku ni pula jenis yang kaki layan movie dan tv series. Aku nak je 'sedut' semua cerita2x yang best dekat laptop member2x aku. So, mana aku nak simpan cerita yang bersaiz ber-GB lebih? Pada waktu itu, aku bertekad untuk membeli sebuah external hard disk dan Maxtor Basics Portable telah menjadi plihan hatiku.


Sepanjang perkhidmatan Maxtor sehingga hari ini, banyak juga kecelakaan yang menimpa terhadap dirinya. Ada sekali aku bagi pinjam Maxtor dekat member perempuan aku. Lepas tu bila pulang balik, ada kesan calar dan jatuh dekat badan Maxtor kesayangan aku. Memang sah jatuh Maxtor aku. Aku pun tak kan nak marah budak perempuan tu. Dah la cun(sebab tu aku bagi pinjam). Sabar je la. Lagi 1, Maxtor aku kena masuk virus. Kalau masuk virus, macam biasa la. Kena format balik. Memang @#%&. Benda2x dekat dalam tu semua kena delete. So far, dah 2 kali aku format Maxtor. Sedih tak terhingga.

"Di hati ini, hanya Tuhan yang tahu..." (lagu In-Team)


Aku guna Maxtor untuk simpan movie, tv series, lagu, anime, software dan apa2x lagi yang boleh disedut. Tapi mostly aku simpan tv series. Heroes, Supernatural merupakan penghuni setia Maxtor. Dari 1st season sampai latest season ada dalam Maxtor. Tapi saiz Maxtor pun 160GB je. Kadang2x aku kena delete beberapa movie dan burn tv series season lama ke CD.


Aku harap jodoh aku dan Maxtor dapat bertahan lama. Mungkin lagi 2,3 tahun ke. Oh Maxtor, kau lah 160GB kehidupanku.







No comments:

Post a Comment