Wednesday, January 13, 2010

Happy Anniversary??

12/01/2010. Semalam genaplah sebulan insiden tangan aku patah. Tak akan aku lupa peristiwa hitam itu. Sampai sekarang tangan tangan kiri aku tak boleh lurus lagi. Bengkok sebelah. Tak tahu la bila boleh elok sepenuhnya. Disebabkan tangan aku yang agak 'cacat' ni, banyak aktiviti2x harian aku terbatas. Sejak patah tangan ni, aku pun dah lama tak bersukan. 6 pack aku pun makin lama makin hilang. Main nyorok2x la pulak. Sekarang ni aku tengah dalam fisioterapi untuk 'meluruskan' tangan aku balik. So far, ada la perubahan sikit. Dapat la lurus2x sikit. Tiap2x minggu aku kena pergi hospital dekat Wangsa Maju. Tiap2x minggu jugak la duit aku makin lama makin habis dek sebab tambang. Tapi apa yang best aku punya sesi fisioterapi, orang yang in-charge fisio aku lawa weh. Budak praktikal lagi. Budak Unisel. Nur Syakira nama dia. Tangan lembut lak tu. Huhu..

"Sakit kat mane? Sini ke?"

"Kalau picit sini sakit x? Opps, sorry2x!!"

"Awak cuba tolak tangan saya perlahan2x, saya tahan tangan awak ye."

*Boleh bayangkan tak? Hehe...


Aku harap tangan aku cepat la elok. Cam x best lak tangan bengkok sebelah. Macam2x benda tak boleh buat. Dah elok nanti boleh main ragbi balik(nanti patah lagi =P).

2 comments:

  1. kalo dah elok xpat jumpe awek lawa lak
    camne tuh

    ReplyDelete
  2. aku buat2x lambat nak elok ar..haha..

    ReplyDelete